Isnin, 28 Disember 2009

Hijrah Nafsi

Hijrah Nafsi

   Salam Maal Hijrah dan salam satu aqidah, Nabi s.a.w jadi ikutan, Allah diutamakan, rasanya mesti sudah banyak blogg islamik yang akan mengutara dan membincang serta memberi pandangan dan juga memberi ulasan pasal hijrah. Hijrah dari segi bahasanya perpindahan, manakala istilah nya perpindahan Nabi S.A.W dan para sahabat dari kota Makkah ke kota Yathrib kemudian ditukar nama kota Yathrib ini kepada Madinah Al Munawwarah. Asal kalimah madinah itu dari perkataan din yang bermaksud agama didatangkan dengan isim makan(tempat) menjadi madinah al munawwarah yang membawa maksud bandar agama yang bercahaya.
  
Apakah ada lagi hijrah sesudah hijrah Nabi dan para sahabat??? hijrah dizaman Nabi s.a.w adalah atas dasar perintah dari Allah s.w.t, para sahabat dari kalangan Muhajirin meninggal kan harta kekayaan yang ada di Makkah untuk berjihad menyahut seruan ilahi.Hijrah pada ketika ini ialah hijrah nafsi, ia juga suatu jihad, hijrah diri dari keburukan kepada kebaikan, dari meninggalkan solat kepada melaksanakan solat , dari meminum arak kepada meninggalkan minum arak dari menjadi hamba maksiat kepada menjadi hamba Allah yang soleh, itulah hijrah nafsi. Ia juga merupakan perintah Allah kepada hamba2 nya yang taat dan bertakwa.
  
Hijrah bukan sahaja mengajar kita erti pengorbanan bahkan hijrah mengajar kita erti keikhlasan dalam berkorban, Sejarah membuktikan para sahabat yang berhijrah sanggup meninggalkan segala harta kekayaan semata2 menyahut seruan hijrah, sejarah juga mencatat bagaimana golongan ansor di madinah memberi pertolongan kepada golongan Muhajirin Makkah. Bahkan ada dikalangan mereka golongan Ansor yang memberi harta mereka kepada golongan Muhajirin inilah yang dikatakan pengorbanan yang ikhlas tanpa megharap balasan.

   Oleh itu marilah kita sebagai hamba Allah bersama-sama berhijrah dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan, marilah bersama-sama membenci maksiat, arak, judi dan pekara yang menyalahi syarak.

Arak Melahirkan Kejahatan

                                                              الخمر أم الخبائث           

               "Khamar [ arak ] itu adalah ibu segala kejahatan (Riwayat At Tabarani)"
       Apakah peminum arak ini berakal????satu persoalan yang kita sama-sama perlu menjawab, hakikat setiap insan memang dikurniakan aqal oleh Allah s.w.t, mengapa manusia yang beraqal ini sanggup meminum minuman yang meghilangkan aqal, aneh pelik ajaib semua ada dalam kotak fikiran kita insan yang waras, seperti Hadis di atas arak ada lah ibu segala kejahatan, maksud nya punca kejahatan itu dari arak, sumber kejahatan dari arak, benih kejahatan dari arak, erti mudah arak melahirkan kejahatan. Semua ini kerana arak itu menghilangkan aqal fikiran manusia, manusia tidak dapat berfikiran waras apabila aqal dipengaruhi arak. Oleh sebab itu Islam mengharamkan arak.


     "Cuba buktikan apa kesalahan yang dilakukan oleh peminum arak???? kita orang minum arak utuk hilangkan tekanan,tention dan boring, mana ada nak buat benda-benda tidak elok,hanya nak hilangkan tekanan." salah satu hujah yang dilontarkan oleh peminum arak. Sahabat apabila akal hilang kawalan, manusia akan lebih durjana dari haiwan, bila-bila masa sahaja kelakuan ganas boleh dilakukan oleh peminum arak yang mabuk, jenayah paling besar yang dilakukan peminum arak ialah dehaka kepada Allah, malah Allah s.w.t mengharam kan golongan peminum ini masuk ke syurga nya .



                    ثلاثة قد حرم الله عليهم الجنة مدمن الخمر و العاق و الديوث الذي يقر الخبث في أهله

"Tiga golongan orang yang telah diharamkan Allah memasuki syurga : iaitu penagih arak , orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya" . (Riwayat Ahmad , al Haakim dan al Baihaqi).


    Apa guna ketenangan yang sementara, kesan dari meminum arak akan menyebabkan pelbagai penyakit, apakah kesakitan itu satu ketenangan. Bukankah Islam mengajar kita cara untuk mencari ketenangan, bukankah Islam mengkhabarkan kepada kita bahawa zikir itu menenangkan jiwa yang gundah dan gulana, mengapa perlu mengambil acuan bukan islam untuk menenangkan jiwa yang bersifat sementara, mengapa tidak diambil ajaran islam berkenaan menenangkan jiwa,malah ianya menyelasaikan masalah denagn izin Allah,

firman Allah : yang bermaksud " “Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’du: 28). Ia sememangnya berzikir itu mententeramkan hati, ambil lah cara ini untuk menenangkan jiwa, usah di dampingi ibu kejahatan itu. Berdamping lah dengan zikrullah, insayAllah hidup akan menjadi tenang dan mendapat keredhaan Allah.

Khamis, 12 November 2009

Bersama Mencegah kemungkaran.......

   Tidak salah kalau saya katakan entry tajuk diatas boleh menjadi satu solgan atau satu nada kepada seluruh NGO yang meletakkan islam sebagai wadah perjuangan, apalagi yang NGO islam perlu melainkan satu itihad satu kesatuan satu unite untuk membentuk satu jemaah yang kuat bagi mewujudkan satu gabungan yang bersifat universal dan global.
  Apabila saya membaca entry di blogg landaslangkawi, NGO islam telah bermesyuarat dan mewujudkan gabungan yang diberi nama GEMA, untuk membasmi dan dan menghapuskan arak di langkawi. Sekurang-kurangnya kalaupun tidak berjaya mengurang atau menghapuskan arak, gabungan ini diharap dapat menyedarkan masyarakat sekitar langkawi akan kesan arak terhadap mereka samaada dari aspek kesihatan mahupun agama.
   Saya yakin dan percaya kalau tindakan susulan dilakukan oleh gabungan ini pastinya masyarakat sekitar langkawi akan merasa berdosanya kalau membiarkan arak terus menjadi tetamu tanpa rela,membiarkan arak menjadi tegukan membasahi tekak peminum-peminumnya apatah lagi kalau si peminum itu remaja islam.   
   Sudah menjadi kewajipan GEMA gabungan yang mewajibkan diri mereka untuk menyedarkan masyarakat sekitar langkawi akan berdosanya kalau terus membiarkan cecair ini bermaharajalela di pulau nan indah ini. Sekurang-kurangnya kita harapkan dan kita berdoa agar cita-cita dan harapan GEMA mendapat pertolongan dari ALLAH S.W.T. Paling kurang kita harapkan masyarakat sekeliling langkawi dapat memahami pekerjaan murni GEMA untuk menyaksiukan cecair ini rebah sedikit demi sedikit.
   Oleh itu pandangan saya GEMA mestilah terus istiqomah dalam perjuangan menentang kebatilan arak ini yang semakin hari sudah dianggap perkara biasa dan biasa dan biasa sudah tidak dianggap berdosa. Kita harapkan sesudah kempen GEMA ini dijalankan masyarakat sekitar langkawi paling kurang tidak lagi menyokong premis-premis yang menjual arak kepada masyarakat Islam.

Bersama Mencegah Kemungkaran.............................

kembali menulis...............

Rasanya hampir setahun tidak berblog, tapi dengan semangat yang ada sekarang rasanya macam mahu nk berblog kembali. Kuatnya keinginan ini mungkin kerana banyaknya isu mesti diluahkan agar tidak sahaja terpendam kedalam lubuk hati. ya guys....boleh saja kita luahkan dalam blog kita, walau apa pun modus operandi blog ini akan mengutarakan isu-isu semasa, menjawab permasalahan yang ditimbulkan oleh golongan pemuka2(entah tak tahu nk tuju kat sapa), tak lupa juga modus oeprandi baru ini akan mengutarakan isu-isu sosial yang perlu di beri perhatian oleh masyarakat.hehehehe.....kalau boleh tu para yb pun kena lah beri perhatian, tapi brooo nak start tajuk apa....??????????? tak pa xdak masalah.....bab tajuk majuk nih apa2 pun boleh asal jangan benda tak baik dah la....o.k la kawan2 tunggu la posting saya sesudah pemburu helang berehat hampir setahun,kerana..banyak sebab la kalau nak cerita......heheheheh

Jumaat, 15 Ogos 2008

Menyerang Jahiliyyah Moden dalam kes Saiful.....

Pengertian jahiliyyah didefinisikan sebagai apa yang ditakrifkan oleh firman Allah s.w.t dalam al quran yang bermaksud:-"apakah hukum (jahiliyyah)yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi ornag2 yang yakin" -Al-Maidah 50-

sesungguhnya jahiliyyah sebagaimana yang dimaksud kan ini,adalah bertitik tolak daripada keadaan nafsiyyah manusia yang tidak mahu memakai sistem @ menerima pakai sistem yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan ini. ini lah yg mnyebabkan sistem mayarakat kini berada dalam kegelapan.

Apakah dalam kes si Saiful ini kita boleh katakan dia berada dalam jahiliyyah moden, baru sahaja dia melafazkan sumpah, bermubahlah dengan kalimat wallahi,wabillahi.watallahi, justeru itu semestinya kita mempercayai apa yang didakwa oleh si saiful ini. kerana dia dengan beraninya bersumapah dengan nama Allah yang Maha Agung.Kerana sumpah bukanlah pekara yang boleh dipermainkn kerana laknat Allah menjadi taruhan.

Namun persoalan nya sekarang, yang ingin saya timbul kan disini, sekiranya saiful benar2 ikhlas dengan dakwaan nya, fail kan lah kes ini di mahkamah syariah. Kerana anda di lihat benar2 berada di pihak yang benar(jauh di sudut hati sy memang tak caya kat budak ni). Anda telah memulakan dengan cara islam walupun tak kena dengan kes, sepatutnya sumpah ini jika kes nya Li'an,tapi tak salah anda bersumpah demi menyatakan kebenaran bahawa diri anda benar2 di liwat.

Tapi menagapa hanya sumpah ini anda ikut cara islam , mengapa tidak anda gunakan sepenuh nya sistem kehakiman dan syariah islam untuk membuktikan bahawa anda benar2 di liwat, ini yang saya cuba kaitkan anda dengan jahilyyah moden, mengunakan sebahagian kaedah islam yang kena dengan selera, meninggal kan sebahagian yang lain kaedah isalm yang tidak menepati dengan selera. Merasakan cara ini ada untung nya bagi pihak anda, anda gunakan mubahalah ini untuk menguatkan dakwaan bahawa anda diliwat. Sememangnya ini benar2 hujah yang kuat untuk orang mempercayai bahawa anda diliwat.

seperti yang saya katakan tadi jaganlah gunakan sebahagian sahaja kaedah islam dalam kehidupan ini, gunakan sepenuh nya sistem Islam dalam membuktikan keadilan bawaha kamu benar2 diliwat, yakin lah bahwa Islam itu sangat adil, sedebu pun kamu tidak akan di zalimi @ dianiayai.

Marilah kita sama2 berdoa dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, jauhkan lah kami dari debu2 fitnah ya Alllah, hanya Engkau yang mengetahui segala2 nya...

Takbirrrr....................

Ahad, 10 Ogos 2008

Ashabul Ukhdud

Ashabul Ukhdud

Dahulu para raja mengandalkan para tukang sihir untuk memantapkan kekuasaan. Para tukang sihir bekerja menundukkan manusia kepada penguasa dengan tipuan dan taktik yang mereka lakukan. Lebih dari itu, tukang sihir merupakan pilar penopang tiang-tiang kekuasaan dan menegakkan para raja sebagai tuhan yang disembah selain Alloh.

Rasululloh shallallâhu ‘alaihi wa sallam telah menyampaikan kepada kita bahwa ada seorang raja yang mempunyai tukang sihir yang sudah berumur lanjut. Dia takut ilmunya lenyap, sehingga tukang sihir ini meminta kepada raja agar mengutus kepadanya seorang pemuda yang cerdas lagi pintar agar dia bisa mewarisi ilmu dan kesesatannya. Raja memenuhi permintaannya dan mengirim seorang pemuda kepadanya.

Pemuda ini melewati seorang pendeta manakala dia pulang pergi kepada penyihir. Pemuda ini duduk dan mendengar kepada sang pendeta. Pendeta ini memberikan taktik kepada si pemuda manakala penyihir mulai mencurigainya disebabkan seringnya dia terlambat setelah mampir pada sang pendeta. Pendeta ini berkata kepada pemuda, "Jika tukang sihir itu bertanya kepadamu tentang keterlambatanmu, maka jawablah keluargamu menahanmu. Jika keluargamu yang bertanya, maka katakan bahwa tukang sihir yang membuatmu terlambat." Dengan ini pemuda itu terbebas dari celaan tukang sihir dan celaan keluarganya.

Suatu hari seekor binatang besar menghalang-halangi jalan orang-orang. Binatang besar ini mungkin binatang buas, seperti singa atau ular yang besar. Pemuda ini melihat bahwa inilah peluang untuk mengetahui kebenaran, apakah pendeta atau tukang sihir. Pemuda ini lalu mengambil batu dan melemparkannya kepada binatang buas itu sambil memohon kepada Tuhannya agar membunuh binatang itu jika perkara pendeta lebih dia cintai daripada perkara penyihir. Binatang itu ternyata mati akibat lemparan batunya. Maka orang-orang mengira bahwa pemuda ini membunuh binatang itu dengan sihirnya yang mumpuni.

Manakala pendeta mengetahui apa yang dilakukan oleh pemuda itu, ilmunya mengatakan kepada dirinya bahwa pemuda ini akan diuji. Pemuda ini tidak melakukan dakwah yang tenang seperti yang dilakukan oleh pendeta, akan tetapi perlawanan yang terbuka. Pendeta ini meminta kepada pemuda agar tidak menunjukkan namanya jika dia diuji. Seorang mukmin memohon keselamatan kepada Alloh. Tetapi jika diuji, dia harus bersabar.

Alloh telah menyembuhkan orang-orang sakit lewat tangan pemuda ini. Dia menyembuhkan – dengan izin Alloh – kebutaan dan penyakit sopak. Dia menyampaikan kepada manusia bahwa penyembuh adalah Alloh, dan bahwa barangsiapa beriman kepada-Nya, maka Dia menyembuhkannya. Pemuda ini menjadikan pengobatan sebagai sarana penyebaran dakwah dan iman.

Salah seorang kepercayaan raja, di mana orang itu buta, mendengar berita tentang pemuda ini. Dia datang kepada pemuda ini dengan hadiah-hadiah besar agar si pemuda mengobatinya. Pemuda ini memberitahukan kepadanya bahwa penyembuh adalah Alloh dan barangsiapa beriman kepada-Nya maka pemuda itu akan berdoa kepada-Nya hingga Dia menyembuhkannya. Orang kepercayaan raja ini beriman, maka pemuda itu berdoa dan dia bisa melihat kembali.

Orang buta ini yang telah normal kembali datang kepada majlis raja. Raja terkejut karenanya. Dia bertanya, "Siapa yang telah membuatmu melihat?" Orang ini menjawab, "Tuhanku." Raja bertanya, "Adakah tuhan lain selain diriku?" Orang ini menjawab, "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Alloh."

Raja murka. Dia mencium cikal bakal fitnah dalam ucapan laki-laki ini yang dapat mengancam kekuasaan dan kerajaannya. Raja thaghut ini telah mendudukkan dirinya sebagai tuhan yang disembah selain Alloh. Dia mengklaim bahwa dirinya adalah tuhan manusia. Tukang sihir dan para pembantu raja yang rusak bekerja siang malam untuk menancapkan keyakinan seperti ini di hati penduduk kerajaan ini. Oleh karena itu, hati raja tergoncang. Dia takut terhadap kekuasaan dan kerajaannya. Maka dia menangkap laki-laki itu dan terus menyiksanya sampai akhirnya dia menyebut nama pemuda itu.

Ketika pemuda itu dihadapkan kepada raja, raja mengira bahwa dia telah menguasai sihir yang sangat tinggi. Akan tetapi, akhirnya raja menyadari bahwa dugaannya meleset. Pemuda ini mengingkari sihir dan penyihir. Pemuda ini tidak memakai ilmunya untuk menopang kerajaannya dan menjadikan rakyat menjadi hamba raja. Pemuda ini mengajak kepada kekufuran kepada raja dan menyeru agar beriman kepada Alloh yang Maha Esa.

Raja ingin mengenal akar fitnah yang muncul di daerah kekuasaannya agar bisa mencabutnya. Maka dia menyiksa anak muda itu sampai dia menunjuk si pendeta. Apa yang ditakutkan oleh pendeta itu benar-benar terjadi padanya, padahal sebelumnya dia telah berpesan kepada pemuda itu agar tidak menyebut namanya jika dia diuji. Pendeta ini diuji agar meninggalkan agamanya tetapi dia menolak. Dia sabar di bawah siksaan. Tubuhnya digergaji oleh orang-orang zhalim hingga terbelah menjadi dua. Begitu pula nasib penasihat raja. Dua orang ini bersabar memikul siksaan. Begitulah laki-laki sejati pada saat menghadapi ujian dan cobaan, mereka membayar harga iman dengan hidup mereka.

Mereka, walaupun mati di depan kezhaliman dan kebengisan, akan tetapi pada hakikatnya mereka menang karena memperoleh ridha Alloh dengan itu, meraih Surganya, dan selamat dari Neraka-Nya. Dan pada hari Kiamat Alloh membalas untuk mereka dengan mencampakkan musuh-musuh mereka ke dalam Neraka.

Raja berusaha untuk membujuk pemuda itu agar meninggalkan agamanya. Raja melihat pemuda ini adalah laki-laki yang bisa diandalkan untuk memperkokoh kerajaannya jika pemuda ini membuang imannya. Pemuda ini memiliki keistimewaan-keistimewaan dan sifat-sifat, dan bisa jadi bapaknya termasuk punggawa kerajaan.

Raja tidak ingin membuat orang tuanya dan kaumnya marah. Manakala cara halus tidak berguna, raja berusaha membunuhnya dengan berbagai cara. Dalam setiap cara raja meminta bala tentaranya agar membawa pulang pemuda itu kepadanya, jika dia murtad dari agamanya. Raja mengira cara ini membuat pemuda itu takut lalu meninggalkan agamanya.

Suatu kali raja mengirim pemuda ini ke puncak gunung yang tinggi agar dilemparkan dari puncaknya ke lembah yang dalam. Pemuda ini berdoa kepada Tuhannya, maka gunung itu terguncang, dan bala tentara raja terjerembab menggelinding ke bawah, sementara pemuda itu pulang kepada raja dengan selamat. Pemuda ini menceritakan apa yang terjadi padanya dan bala tentara raja. Lalu raja mengirimnya dengan perahu ke tengah laut agar dia dibuang di tengah laut jika tidak murtad dari agamanya. Pemuda ini berdoa kepada Tuhannya, maka laut menelan bala tentara raja thaghut dan pemuda itu pulang dengan selamat kepada raja.

Kita lihat bahwa pemuda ini tidak berlari menghindari raja setelah Alloh menyelamatkannya. Bahkan dia kembali kepada raja untuk menantangnya. Hal ini karena pemuda ini tidak mencari keselamatan untuk dirinya, akan tetapi yang dia cari adalah pembelaan terhadap agama Alloh dan menjunjung tinggi kalimat-Nya.

Dan tentu saja orang-orang pasti mengikuti langkah-langkah pemuda ini. Mereka menunggu apa yang terjadi dengannya. Bisa jadi perbuatannya menjadi buah bibir di setiap pertemuan dan perkumpulan Lebih-lebih, pemuda ini menghadapi raja thaghut yang kejam tanpa rasa takut dan gentar. Orang-orang belum pernah menyaksikan hal ini. Raja seperti raja ini adalah raja yang bengis. Dia tidak segan-segan menumpahkan darah dan berbuat kerusakan di muka bumi.

Raja melihat kelemahan dirinya. Dia tidak berhasil membunuh pemuda itu, padahal dia telah mengklaim dirinya sebagai tuhan. Akhirnya pemuda itu menyampaikan cara yang dengannya raja bisa membunuhnya. Pemuda ini menegaskan bahwa cara apa pun untuk membunuhnya pasti gagal kecuali cara yang akan dia berikan.

Pemuda ini meminta raja mengumpulkan rakyat di satu tempat. Dia sendiri disalib di sebatang kayu lalu raja mengambil anak panah dari kantong sang pemuda dan melepaskannya sambil berucap, "Dengan nama Alloh, Tuhan pemuda ini." Lalu panah pun dilepas.

Begitulah yang terjadi. Panah tepat menembus pelipis sang pemuda. Pemuda itu meletakkan tangannya di pelipisnya lalu mati.

Pemuda ini mati setelah membeberkan cara membunuh dirinya kepada raja, dan setelah menegaskan kepada raja yang mengklaim diri sebagai tuhan bahwa dia tidak mungkin membunuhnya kecuali dengan cara yang telah diletakkannya. Pemuda ini meminta raja mengumpulkan rakyat di tanah lapang lalu mengambil anak panah, bukan sembarang anak panah, tetapi anak panah dari busur pemuda itu, lalu berkata, "Dengan nama Alloh Tuhan pemuda." Kemudian lepaslah anak panah itu. Jika ini tidak dilakukan, maka raja akan tetap tidak mampu membunuhnya.

Jika ini terjadi pada saat sekarang, niscaya ada sebagian orang yang dangkal pemahamannya terhadap syariat yang menggugat perbuatan pemuda ini. Apakah dia boleh membeberkan cara membunuh dirinya kepada raja? Bukankah itu berarti bunuh diri? Mungkin sebagian orang yang minim ilmunya akan beranggapan demikian.

Bunuh diri adalah perbuatan seseorang yang putus asa dan berlari dari kehidupan. Lain dengan pemuda ini dan yang sepertinya, mereka mengorbankan diri mereka demi menyebarkan iman dan Islam, melawan kejahatan orang-orang yang berbuat jahat, orang-orang kafir, dan orang-orang zhalim.

Pemuda ini tidak bodoh mencari mati. Dia rela mati dengan cara seperti ini, karena dia mencari iman manusia. Orang-orang selalu mengikuti perkembangan sepak terjangnya. Pemuda ini ingin membongkar tembok pembatas yang membuat rakyat takut menghadapi para thaghut yang merusak. Ketakutan terhadap kematian menghalangi manusia mengikuti kebenaran dan menyuarakannya. Pemuda ini datang untuk memberi contoh bagi rakyat. Dia mengorbankan dirinya, padahal dia selalu terjaga dari raja dan para pengikutnya. Mereka tidak bisa sedikit pun mencelakainya, lalu dia membocorkan suatu cara yang dengannya raja bisa membunuhnya.

Hanya sesaat setelah pemuda itu mati, raja pun bernafas lega. Menurut perkiraannya, dia telah memadamkan fitnah dan mencabut akarnya. Tiba-tiba para prajuritnya tergopoh-gopoh melapor, "Apa yang engkau takutkan telah terjadi. Rakyat telah beriman."

Apa yang dicari dan diinginkan oleh pemuda itu telah terwujud. Pemuda ini telah merobohkan sekat penghalang yaitu rasa takut pada diri rakyat. Sekarang mereka tidak lagi peduli kepada raja dan bala tentaranya. Pengorbanan di jalan Alloh menjadi impian orang-orang yang bertauhid.

Kemarahan raja memuncak melebihi batas-batasnya. Raja memerintahkan agar parit-parit digali dan api dinyalakan di dalamnya. Setiap yang kokoh mempertahankan agamanya, maka dia harus dilepaskan ke dalamnya atau dia sendiri yang mencebur.

Orang-orang rela dengan Neraka dunia untuk melindungi diri mereka dari Neraka Akhirat. Manakala ada seorang wanita yang enggan untuk masuk ke dalam api dan dia hampir mundur, tiba-tiba Alloh membuat anaknya bisa berbicara. Dia meminta ibunya agar bersabar, karena dia berada di atas kebenaran. Itu menjadi tanda besar yang dengannya Alloh meneguhkan hati orang-orang mukmin.

Alloh telah menyampaikan berita Ashabul Ukhdud dalam surat Al-Buruj. Apa yang dilakukan oleh orang-orang zhalim lagi lalim terhadap orang mukmin. Alloh menjelaskan bahwa sebab dibakarnya orang-orang mukmin adalah karena iman mereka.

"Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Alloh yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, dan Alloh Maha Menyaksikan segala sesuatu." (QS. Al-Buruj: 8-9)

Begitulah orang-orang zhalim dan para thaghut membakar rakyat jika mereka membelot dari jalan yang telah mereka rumuskan. Perkara paling penting dan utama adalah tegaknya kerajaan mereka agar mereka tetap berkuasa. Jika tidak, maka mereka akan membakar yang basah maupun yang kering dan menghancurkan segala sesuatu.

(Sumber Rujukan: Shahih al-Qashash, DR. Umar Sulaiman Al-Asyqar.)

Isnin, 30 Jun 2008