Jumaat, 15 Ogos 2008

Menyerang Jahiliyyah Moden dalam kes Saiful.....

Pengertian jahiliyyah didefinisikan sebagai apa yang ditakrifkan oleh firman Allah s.w.t dalam al quran yang bermaksud:-"apakah hukum (jahiliyyah)yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi ornag2 yang yakin" -Al-Maidah 50-

sesungguhnya jahiliyyah sebagaimana yang dimaksud kan ini,adalah bertitik tolak daripada keadaan nafsiyyah manusia yang tidak mahu memakai sistem @ menerima pakai sistem yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan ini. ini lah yg mnyebabkan sistem mayarakat kini berada dalam kegelapan.

Apakah dalam kes si Saiful ini kita boleh katakan dia berada dalam jahiliyyah moden, baru sahaja dia melafazkan sumpah, bermubahlah dengan kalimat wallahi,wabillahi.watallahi, justeru itu semestinya kita mempercayai apa yang didakwa oleh si saiful ini. kerana dia dengan beraninya bersumapah dengan nama Allah yang Maha Agung.Kerana sumpah bukanlah pekara yang boleh dipermainkn kerana laknat Allah menjadi taruhan.

Namun persoalan nya sekarang, yang ingin saya timbul kan disini, sekiranya saiful benar2 ikhlas dengan dakwaan nya, fail kan lah kes ini di mahkamah syariah. Kerana anda di lihat benar2 berada di pihak yang benar(jauh di sudut hati sy memang tak caya kat budak ni). Anda telah memulakan dengan cara islam walupun tak kena dengan kes, sepatutnya sumpah ini jika kes nya Li'an,tapi tak salah anda bersumpah demi menyatakan kebenaran bahawa diri anda benar2 di liwat.

Tapi menagapa hanya sumpah ini anda ikut cara islam , mengapa tidak anda gunakan sepenuh nya sistem kehakiman dan syariah islam untuk membuktikan bahawa anda benar2 di liwat, ini yang saya cuba kaitkan anda dengan jahilyyah moden, mengunakan sebahagian kaedah islam yang kena dengan selera, meninggal kan sebahagian yang lain kaedah isalm yang tidak menepati dengan selera. Merasakan cara ini ada untung nya bagi pihak anda, anda gunakan mubahalah ini untuk menguatkan dakwaan bahawa anda diliwat. Sememangnya ini benar2 hujah yang kuat untuk orang mempercayai bahawa anda diliwat.

seperti yang saya katakan tadi jaganlah gunakan sebahagian sahaja kaedah islam dalam kehidupan ini, gunakan sepenuh nya sistem Islam dalam membuktikan keadilan bawaha kamu benar2 diliwat, yakin lah bahwa Islam itu sangat adil, sedebu pun kamu tidak akan di zalimi @ dianiayai.

Marilah kita sama2 berdoa dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani, jauhkan lah kami dari debu2 fitnah ya Alllah, hanya Engkau yang mengetahui segala2 nya...

Takbirrrr....................

Tiada ulasan: