Isnin, 28 Disember 2009

Hijrah Nafsi

Hijrah Nafsi

   Salam Maal Hijrah dan salam satu aqidah, Nabi s.a.w jadi ikutan, Allah diutamakan, rasanya mesti sudah banyak blogg islamik yang akan mengutara dan membincang serta memberi pandangan dan juga memberi ulasan pasal hijrah. Hijrah dari segi bahasanya perpindahan, manakala istilah nya perpindahan Nabi S.A.W dan para sahabat dari kota Makkah ke kota Yathrib kemudian ditukar nama kota Yathrib ini kepada Madinah Al Munawwarah. Asal kalimah madinah itu dari perkataan din yang bermaksud agama didatangkan dengan isim makan(tempat) menjadi madinah al munawwarah yang membawa maksud bandar agama yang bercahaya.
  
Apakah ada lagi hijrah sesudah hijrah Nabi dan para sahabat??? hijrah dizaman Nabi s.a.w adalah atas dasar perintah dari Allah s.w.t, para sahabat dari kalangan Muhajirin meninggal kan harta kekayaan yang ada di Makkah untuk berjihad menyahut seruan ilahi.Hijrah pada ketika ini ialah hijrah nafsi, ia juga suatu jihad, hijrah diri dari keburukan kepada kebaikan, dari meninggalkan solat kepada melaksanakan solat , dari meminum arak kepada meninggalkan minum arak dari menjadi hamba maksiat kepada menjadi hamba Allah yang soleh, itulah hijrah nafsi. Ia juga merupakan perintah Allah kepada hamba2 nya yang taat dan bertakwa.
  
Hijrah bukan sahaja mengajar kita erti pengorbanan bahkan hijrah mengajar kita erti keikhlasan dalam berkorban, Sejarah membuktikan para sahabat yang berhijrah sanggup meninggalkan segala harta kekayaan semata2 menyahut seruan hijrah, sejarah juga mencatat bagaimana golongan ansor di madinah memberi pertolongan kepada golongan Muhajirin Makkah. Bahkan ada dikalangan mereka golongan Ansor yang memberi harta mereka kepada golongan Muhajirin inilah yang dikatakan pengorbanan yang ikhlas tanpa megharap balasan.

   Oleh itu marilah kita sebagai hamba Allah bersama-sama berhijrah dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan, marilah bersama-sama membenci maksiat, arak, judi dan pekara yang menyalahi syarak.

Tiada ulasan: