Isnin, 28 Disember 2009

Arak Melahirkan Kejahatan

                                                              الخمر أم الخبائث           

               "Khamar [ arak ] itu adalah ibu segala kejahatan (Riwayat At Tabarani)"
       Apakah peminum arak ini berakal????satu persoalan yang kita sama-sama perlu menjawab, hakikat setiap insan memang dikurniakan aqal oleh Allah s.w.t, mengapa manusia yang beraqal ini sanggup meminum minuman yang meghilangkan aqal, aneh pelik ajaib semua ada dalam kotak fikiran kita insan yang waras, seperti Hadis di atas arak ada lah ibu segala kejahatan, maksud nya punca kejahatan itu dari arak, sumber kejahatan dari arak, benih kejahatan dari arak, erti mudah arak melahirkan kejahatan. Semua ini kerana arak itu menghilangkan aqal fikiran manusia, manusia tidak dapat berfikiran waras apabila aqal dipengaruhi arak. Oleh sebab itu Islam mengharamkan arak.


     "Cuba buktikan apa kesalahan yang dilakukan oleh peminum arak???? kita orang minum arak utuk hilangkan tekanan,tention dan boring, mana ada nak buat benda-benda tidak elok,hanya nak hilangkan tekanan." salah satu hujah yang dilontarkan oleh peminum arak. Sahabat apabila akal hilang kawalan, manusia akan lebih durjana dari haiwan, bila-bila masa sahaja kelakuan ganas boleh dilakukan oleh peminum arak yang mabuk, jenayah paling besar yang dilakukan peminum arak ialah dehaka kepada Allah, malah Allah s.w.t mengharam kan golongan peminum ini masuk ke syurga nya .



                    ثلاثة قد حرم الله عليهم الجنة مدمن الخمر و العاق و الديوث الذي يقر الخبث في أهله

"Tiga golongan orang yang telah diharamkan Allah memasuki syurga : iaitu penagih arak , orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya" . (Riwayat Ahmad , al Haakim dan al Baihaqi).


    Apa guna ketenangan yang sementara, kesan dari meminum arak akan menyebabkan pelbagai penyakit, apakah kesakitan itu satu ketenangan. Bukankah Islam mengajar kita cara untuk mencari ketenangan, bukankah Islam mengkhabarkan kepada kita bahawa zikir itu menenangkan jiwa yang gundah dan gulana, mengapa perlu mengambil acuan bukan islam untuk menenangkan jiwa yang bersifat sementara, mengapa tidak diambil ajaran islam berkenaan menenangkan jiwa,malah ianya menyelasaikan masalah denagn izin Allah,

firman Allah : yang bermaksud " “Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’du: 28). Ia sememangnya berzikir itu mententeramkan hati, ambil lah cara ini untuk menenangkan jiwa, usah di dampingi ibu kejahatan itu. Berdamping lah dengan zikrullah, insayAllah hidup akan menjadi tenang dan mendapat keredhaan Allah.

Tiada ulasan: