Kehadiran program realiti TV akademi nasyid ini sememangnya dinanti & ditunggu,kerana ia menjadi pengimbang @ check and ballance kepada program-program realiti TV yang lain seperti akademi fantasia,gang starz,mentor dan juga OIAM. Namun sejauh manakah keberkesanan program realiti Akademi Nasyid ini terhadap pembentukan akhlak masyarakat am-nya remaja khususnya. Atau program ini hanya sebagai titi untuk stesyen TV mengaut keuntungan dari penonton yang ada sedikit rasa cinta pada islam,yang mereka tidak mengundi s.m.s kepada gang starz @ mentor sebagai contoh, namun dengan kehadiran program ini pihak TV dapat mengaut keuntungan dari mereka.
Namun apa yang pasti ada sedikit kelainan yang ditonjolkan oleh program ini,elemen dakwah, nasihat serta seruan kebanggaan terhadap islam ditonjolkan, ini dapat dibuktikan oleh ucapan dan kritikan dari pihak juri,namun penulis kurang bersetuju dengan penampilan sebahagian peserta,kerana bagi penulis penyanyi nasyid bukan sahaja melagukan irama tetapi juga sebagai contoh dan teladan serta menjadi ikon kepada remaja hari ini yang semakin hari semakin bercelaru kerana banyak nya program realiti yang kosong pengisian jiwa dan ruh.
Persoalan nya sekarang penulis melihat akademi nasyid ini tidak menjadi medan untuk melahirkan ikon remaja yang dia seorang penasyid serta seorang yang dapat menyeru kepada kebaikan,tapi hanya sebagai medan untuk membanyakan lagi irama muzik tanah air sebaris dengan aliran pop,rock,balada dan sentimental. Sebagai contoh seorang peserta yang berambut panjang dan mengikat rambut, bukanlah imej seorang penasyid yang da'ie tapi sebagai merancak industri muzik tanah air sahaja. Apa kaitan rambut panjang yg diikat sedang kan ustaz Akhil Hayy juga berambut panjang dan banyak jasa dakwah nya sebagai da'ie, benar, tetapi bezanya ustaz Akhil Hayy mengenakan serban atau kopiah untuk menutup rambut nya itu lah bezanya, bagi penulis peserta yang berambut panjang itu perlu meniru gaya yang dibawa oleh ustaz akhil hayy jika ingin berambut panjang,tambahan pula rambutnya diikat ini sudah tasyabuh kepada perempuan,makna kata disini tidak ada beza di antara peyanyi nasyid dan bukan nasyid.Hanya pada irama nya sahaja
Pujian patut di berikan kepada saudara Azhan yang terlalu istimewa kerana kekurangan yang ada pada diri beliau,dapat membawa lagu kepadamu kekasih dengan menyentuh hati sanubari tiap pendengar,dengan keaadaan beliau yang boleh di kategorikan sbagai O.K.U, dengan imej yang ditampil kan oleh beliau sememangnya ini lah gaya penasyid sebenar,sehingga menyentuh hati juri.
Penulis hanya datangkan dua bandingan ini hanya untuk membezakan imej seorang penasyid dan bukan penasyid,seorang penasyid itu bukan hanya pada lagu serta melodi lirik lagu tersebut tetapi ia termasuk imej gaya dan penampilan,kerana ia datang dengan pakej,bukan boleh di ambil iramanya sahaja tinggal kan gaya penampilan kerana itu merosak kan nasyid itu sendiri.
Walaubagaimanapun akademi nasyid ini diharap kan dapat melahirkan ikon alternatif untuk ikutan remaja masa kini,kerana permulaan nya sudah nampak perbezaan di antara program realiti yang lain terutama dari segi pergaulan lelaki dan wanita. Teruskan menjaga nilai-nilai Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan